Baik kali ini saya ingin berbagi kepada anda mengenai apa sih kelebihan seorang penulis tersebut ? berikut beberapa kelebihan menjadi seorang penulis :
Dapat Membina Kredibiliti
Antara kelebihan utama menjadi seorang penulis blog adalah dapat membina krediliti sebagai penulis di dalam blognya. Dengan kredibiliti yang ada bukan untuk menunjukkan yang penulis itu hebat. Cuma sebagai penulis blog yang mempunyai kredibiliti, kita akan mendapat rasa hormat dari pembaca. Pembaca juga akan merasa lebih yakin dengan apa yang ditulis oleh kita. Selain itu, penulis blog juga akan dapat memperolehi kepercayaan dari pembaca jika dia menulis dengan jujur.
Kredibiliti adalah penting supaya pembaca akan terus menjadi pembaca setia diblog kita untuk masa-masa yang akan datang. Jangan musnahkan kredibiliti yang kita ada dengan menggunakan perkataan yang tidak baik seperti mengutuk penulis blog lain, memuji diri sendiri lebih baik dari orang lain, memandang rendah kepada pembaca dan banyak lagi perbuatan buruk yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang penulis blog.
Dapat Berkongsi Idea Dan Ilmu
Sememangnya blog adalah satu platform yang sangat baik untuk seorang penulis berkongsi idea dengan pembaca. Idea yang ditulis akan diterbitkan di internet menerusi blog dan akan dapat dibaca oleh sesiapa sahaja didunia ini. Banyak idea yang dapat dikongsikan oleh penulis dalam blog mereka. Sebagai penulis, kita hanya bertindak sebagai penyampai dan bergantung kepada pembaca sama ada mahu menerima idea kita atau sebaliknya.
Ilmu yang baik hendaklah dikongsikan. Jangan kedekut dalam berkongsi ilmu yang kita ada. Tidak rugi pun jika kita rajin berkongsi ilmu dengan orang lain. Sebagai penulis blog, banyak ilmu pengetahuan yang boleh kita kongsikan dalam blog kita. Dengan menyampaikan ilmu pengetahuan yang baik akan dapat memberi manfaat kepada pembaca. Jika ilmu bermanfaat yang kita sampaikan itu di amalkan oleh orang lain maka kita juga yang akan mendapat ganjaran pahala dari Allah.
Melatih Diri Untuk membaca
Membaca adalah satu amalan yang sangat baik. Antara kelebihan membaca adalah ia akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam diri kita. Namun begitu, banyak faktor yang selalu menghalang diri kita untuk membaca. Kadang-kadang sebagai penulis blog kita juga akan menghadapi kekeringan idea untuk menulis dalam blog kita. Untuk mendapatkan idea kita pasti akan mencari bahan bacaan yang dapat membantu kita berfikir dan memberikan idea baru untuk ditulis.
Untuk mencari idea menulis, secara tidak langsung kita telah melatih diri kita untuk menjadi seorang yang suka membaca. Tidak kisah nak baca apa pun asalkan bahan bacaan tersebut dapat memberikan manfaat kepada diri kita. Dengan membaca blog rakan-rakan blogger yang lain juga dapat memberikan banyak manfaat kepada kita. Kita akan dapat saling berkongsi idea dan pandangan dengan rakan-rakan yang lain.
Mengisi Masa Lapang
Menjadikan aktiviti blogging sebagai aktiviti mengisi lapang juga adalah sangat baik. Ia dapat mengelakkan diri kita dari melakukan aktiviti lain yang tidak berfaedah. Jika menghabiskan masa berjam-jam online dengan sia-sia tanpa tujuan adalah merugikan. Apabila mempunyai blog, kita akan menjadikan aktiviti online kita mempunyai tujuan yang baik. Masa yang dihabiskan dengan menulis blog akan dapat memberikan manfaat kepada diri kita sendiri dan juga orang lain.
Namun begitu, kita perlu elakkan dari setiap masa dengan aktiviti menulis blog saja tanpa melakukan aktiviti lain. Tak elok untuk kesihatan sekiranya asyik duduk terlalu lama di hadapan komputer setiap masa. Jika terlalu lama menghadap skrin komputer juga tak elok untuk kesihatan mata. Ambillah masa untuk berehat dan rajin melakukan aktiviti luar seperti beriadah supaya dapat membantu diri kita sentiasa sihat.
Membantu Orang Lain
Menulis adalah salah satu cara yang dapat membantu orang lain. Kita dapat membantu orang lain melalui akal fikiran yang Allah bagi kepada kita. Kita boleh membantu orang lain dengan memberikan pendapat kita jika ada orang yang bertanya kepada kita dalam sesuatu perkara. Mengikut pengalaman saya sendiri, sebelum ini ada beberapa permintaan dari rakan-rakan yang meminta pandangan terhadap sesuatu perkara atau masalah yang mereka hadapi. Beberapa artikel juga telah diterbitkan sebelum ini atas permintaan dari pembaca yang mahukan pandangan dari saya. Kita bantu orang lain mengikut keupayaan diri kita.
Jangan berputus asa dan menyesal apabila membantu orang lain. Perasaan putus asa dan menyesal hanya akan muncul jika kita mengharapkan balasan kembali dari mereka. Semoga dijauhkan dari mempunyai sifat putus asa dalam melakukan kebaikan membantu orang lain. Kita hendaklah ikhlas membantu orang lain dan bukan mengharapkan apa-apa balasan dari mereka atas bantuan yang telah kita berikan kepada mereka. Biarlah Allah yang membalas segala kebaikan yang kita lakukan.
Sebagai kesimpulan, kehidupan di dunia ini tidak pernah lari dari ujian. Menjadi seorang penulis juga mempunyai banyak ujian dan dugaannya. Ia memerlukan ketabahan dalam diri kita supaya dapat meneruskan perjuangan dalam membantu orang lain melalui penulisan kita. Jangan takut untuk menulis hanya kerana merasakan diri kita tidak pandai menulis. Kita boleh belajar secara perlahan-lahan. Jika kita hanya menunggu diri kita betul-betul sempurna baru nak mula menulis maka sampai bila-bila pun kita akan takut untuk menulis.
Menjadi seorang penulis blog juga akan memperolehi ganjaran. Ada dua ganjaran yang akan diperolehi iaitu ganjaran di dunia dan ganjaran di akhirat. Ganjaran di dunia adalah sumber pendapatan yang dapat diperolehi melalui blog. Tapi bukan itu ganjaran utama yang kita harapkan. Ganjaran utama yang paling kita harapkan adalah ganjaran akhirat yang berbentuk saham pahala yang kita dapat melalui ilmu yang kita sampaikan dalam blog kita. Kita hendaklah berusaha untuk mencari keredhaan Allah dan mengharapakan balasan pahala melalui kerja menulis yang kita lakukan. Semoga Allah memberkati segala usaha yang kita lakukan ini.
Baik demikian dari saya mengenai 5 kelebihan yang didapatkan sebagai seorang penulis, semoga ini dapat bermanfaat bagi para pembaca Blog Tulis Baca .
Referensi : http://www.layarsukses.com/
No comments:
Post a Comment
Silahkan Budayakan Berkomentar Setelah Membaca Artikel Dengan Baik dan Sopan.
Ttd : Berry Hardisakha